Dulu arwah mak selalu pesan “ buat la apa yang hang nak buat
asalkan tak langgar hukum agama”
Tak dinafikan saya dulu agak lasak orangnya. Tak macam budak
perempuan yang lain, semua benda saya buat, panjat pokok, terjun tandop, masuk
bendang, main wau bulan, etc. masa sekolah pulak selalu kena masuk bilik
disiplin sebab tak pernah patuh disiplin sekolah. Ahaha. Tapi saya aktif kat
sekolah, teater, pantun, deejay semua saya masuk. Mungkin disebabkan saya jenis yang “kurang segan”, “kurang
malu”, “kurang sopan” dan “kurang peduli” apa orang nak cakap tentang saya menyebabkan saya berbeza dengan
rakan-rakan yang lain.
 |
Admin empat dari kiri memegang watak makcik sengau dalam short film Inspektor Petonah |
 |
Admin dalam produksi Hantu Menyambut Merdeka memegang watak sebagai Mak Haji |
So dekat UM senang
cakap dekat Jabatan Media banyak kenanganan yang tercipta.. saya ada
kawan-kawan baik, satu kelas sporting. Geng saya 8 orang dalam kelas. Ada Pengarah terbaik, penyanyi dan penari yang hebat, dan ada pelakon yang
cukup berbakat. Pensyarah pulak semua
baik dan memahami. Cukup perfect hidup di sini.
 |
We are Media Vengers |
Okeyyyy..
Berbalik pada kenangan Screening Night .. Malam anugerah atau malam penghargaan buat pelajar yang
mengambil subjek dibawah seliaan Dr. Azalan contohnya seperti subjek Pengarahan Filem,
Sinematografi,Produksi tv, Dokumentari dan sebagainya.
 |
Sesi bergambar bersama Ketua Jabatan Media Profesor Dr Azizah bt Hamzah |
Screening Night kali
ini sangat berbeza dengan screening night sesi lepas kerana banyak perubahan
yang dapat dilihat. Contohnya seperti perjalanan majlis lanjar, dewan cantik,
tema menarik dan yang paling penting makanan semua sedap. Ada kari kambing,
udang goreng madu, masak merah ayam, ayam goreng berempah, sayur campur dan
lain-lain. Sedappp.. ahaha.
Ucapan tahniah diberikan kepada saudari Fadhilah Ibrahim
pelajar tahun pertama selaku pengarah program kerana berjaya merealisasikan malam
vintage and bow tie tersebut. Yang pasti ucapan tahniah juga harus diberikan
kepada Dr azalan selaku penasihat program.
 |
Pengarah Screning Night 2014 |
Tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang award pada malam tersebut. Yang saya
tahu pemenang-pemenang tersebut juga merupakan sahabat baik saya dan saya sangat
berbangga dengan pencapian mereka.
 |
Pemenang katogeri Best Costume |
 |
pemenang katogeri Suntingan Terbaik |
Diharapkan
tahun depan lagi banyak kategori yang dipertandingkan :D mana tahu saya boleh
raih title Pelakon Wanita Terbaik
(berangan) walaupun terpaksa bersaing dengan Syarifah Damia, gadis seksi dari
seberang.
 |
SI cantik manis Syarifah Damia "Media Princes" |
secara jujurnya Screening night edisi ini memberi impak positif kepada diri saya dimana saya dapat merapatkan ukhuwah dengan adik2 tahun pertama yang sangat sporting dan baik hati :D
 |
pelajar tahun pertama yang merupakan AJK program
|
*nanti akak grad bagi bunga n coklat ye adik-adik :p
Last but not least, buatlah apa yang kita nak buat selagi
tidak melanggar hukum agama :D
#TakGemukTapiComel.
#HostTvToBe
#<3<3