Saturday 15 March 2014

Anugerah yang membinasakan.

The Sixth Sense/1999/M. Night Shyamalan

1. Siapakah M. Night Shyamalan dan bincangkan gaya pengarahan beliau secara umum. 



M.Night Shyamalan atau nama sebenarnya Mayon Shyamalan  ialah seorang screenwriter, film director, dan producer India yang dikenali sebagai penghasil filem dan plot yang berbentuk kotemperari  supernatural. Antara hasil karya (filem) yang dihasilkan ialah The Last Airbender, The Sixth Sense dan signs.

M.Night Shyamalan dilahirkan pada 6 ogos 1960 di sebuah daerah di India. Beliau banyak menerima anugerah dalam dunia perfileman. Antaranya ialah  Nebula Award for Best Script, Satellite Award for Best Original Screenplay, dan Bram Stoker Award for Best Screenplay.

 
Dalam temubual M. Night Shyamalan bersama Saroni Roy (2013) beliau menyatakan bahawa filem The Sixth Sense mendapat ulasan yang kurang baik daripada penonton kerana semua orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun  dengan perlahan-lahan penonton dapat menerima dan memberi critical attention.



 2. Sila rumuskan dalam satu perenggan sinopsis filem The Sixth Sense .

Secara ringkasnya The Sixth Sense merupakan filem yang berunsurkan spiritual dan alam ghaib yang mempunyai kaitan dengan manusia. Terdapat dua watak utama yang sangat memainkan peranan untuk menghidupkan filem ini. Watak tersebut ialah Dr Malcolm dan seorang kanak-kanak yang mempunyai deria keenam iaitu Cole.
 
Keistimewaan yang dikurniakan kepada Cole telah menjadi satu musibah kepadanya kerana dia sentiasa berada dalam keadaan takut dan gelisah apabila sering melihat roh (manusia mati) yang cuba untuk berkomunikasi dengan dirinya.

Cole menjadi tertekan dengan situasi itu akhirnya terjumpa dengan Dr Malcolm yang mampu menyelesaikan kekusutan yang melanda dirinya. Pada akhir filem ini penonton dikejutkan dengan satu kenyataan dimana Dr Malcolm yang sentiasa berada disisi Cole juga ialah roh. Anis Mastura (2014)




 3. The Sixth Sense adalah sebuah filem dalam genre drama (tragedi) berbanding horror. Apakah kelainan yang cuba ditonjolkan oleh M. Night Shyamalan dalam filem ini?
 
Kelainan filem Sixth Sense ini ialah ia bergenrekan drama( tragedy) berbanding horror (seram)kerana ia bukanlah filem yang menampilkan watak-watak roh berbentuk hantu.






 4. Bincangkan watak dan perwatakan dalam filem ini dan bagaimana ia menyumbang kepada kesan plot cerita.

Antara watak yang penting dalam filem The Sixth Sense sehingga filem ini berjaya ialah Cole seorang kanak-kanak lelaki yang berusia linkingan 10 tahun. Watak Cole ini dilakonkan oleh Haley Joel Osment yang juga merupakan anak kepada Gump dalam Filem Forest Gump 1994. Jamie Allen,CNN Interactive Senior Writer (1999).

Cole memainkan watak sebagai kanak-kanak yang mempunyai kebolehan untuk melihat dan berkomunikasi dengan orang yang telah mati tetapi tidak boleh menerima cara kematian mereka.

Dr Malcolm pula ialah seorang penganalisis jiwa (Dr jiwa) yang hanya mempercayai cerita Cole. watak ini dilakonkan oleh Bruce Willis. Perwatakan Malcolm ini sangat bagus dan mampu menghuraikan segala kekusutan yang melanda hidup Cole.

Kesimpulannya, kedua-dua watak utama ini mampu mnarik minat khalayak untk terus menonton filem ini sehingga tamat.

                          Dr Malcolm ( Bruche Willes)







                               Cole ( Haley Joel Osment)

 5. Bincangkan kepentingan konsep twist dalam penulisan skrip filem ini.


 
Twist ialah sejenis plot yang boleh diapplikasikan dala sesebuah filem.
dalam filem The Sixth Sense plot twist yang digunakan ialah:
seorang kanak-kanak(Cole) yang mempunyai masalah  jiwa ( dapat melihat roh) bertemu dengan seorang Dr psych yang membantu dia menghadapi srtiap konflik sehingga pengakhiran cerita namun Dr tersebut jugak ialah Roh.

sumber:

  1. Saroni Roy,(june 13).M.Nihgt shyamalan :interview. Retrieved from http://www.timeout.com/london/film/m-night-shyamalan-interview-1
  2. Jamie Allen,(August 1999).'Sixth Sense' star: 'I do believe'. Retrieved from http://edition.cnn.com/SHOWBIZ/Movies/9908/20/sixth.sense/

















 

No comments:

Post a Comment