PLOT
Dark Skies merupakan sebuah filem seram yang diarahkan dan
ditulis oleh Scott Stewart. Filem ini telah diterbitkan pada tahun 2013 oleh
Jason Blum. Dark Skies mengisahkan tentang sebuah keluarga biasa yang secara
tiba-tiba mengalami beberapa perkara aneh dalam kehidupan seharian mereka.
Kisah bermula apabila berlaku gangguan @ serangan secara diam didapur rumah
sehinggalah rumah yang didiami mereka diserang oleh ratusan ekor burung yang
sukar ditemui. Pada mulanya kedua ibu-bapa berfikir bahawa kejadian aneh itu
merupakan rancangan nakal anak lelaki mereka tetapi tuduhan mereka meleset
apabila si suami yang dibintangi oleh Josh Hamilton berjaya merakam beberapa
kelibat mahkluk aneh dalam rumah mereka.
GENRE
Dark Skies merupakan filem sains fiksyen yang bergenrekan
seram,suspen dan misteri. ketiga-tiga elemen ini berjaya membuat penonton
berasa takut dan seram. secara keseluruhannya eleman saspen lebih banyak
dimuatkan kedalam filem jika hendak dibandingkan dengan elemen seram yang
dibawa oleh alien ataupun The Grey.
LATAR DAN PROP
Secara keseluruhannya,latar tempat yang digunakan ialah di
sebuah rumah, termasuk persekitaran rumah tersebut yang didiami oleh pasangan
suami isteri Keri Russel, Josh Hamilton bersama dua orang anaknya Dakota Goyo
serta L.J Banet. Banyak 'scene' di dalam filem ini menunjukkan bahagian dalam
rumah, ruang dapur, bilik, termasuk penggunaan props seperti perabot yang serta
halaman rumah yang didiami oleh mereka berempat. Pada peringkat klimaks, props
yang digunakan seperti senapang dan pisau teryata bersesuaian dengan scene
cemas yang ditunjukkan. Props yang digunakan ternyata amat teratur dan teliti,
kerana bersesuaian dengan adegan yang handak disampaikan kepada penonton.
![]() |
latar tempat di halaman rumah |
![]() |
latar tempat dikawasan ruang tamu |
![]() |
latar tempat di dalam bilik tidur |
SHOT ASAS
1) extrem close-up
2) close-up
3)medium shot
4)long shot
No comments:
Post a Comment