Saturday 12 April 2014

DARK SKIES



PLOT
Dark Skies merupakan sebuah filem seram yang diarahkan dan ditulis oleh Scott Stewart. Filem ini telah diterbitkan pada tahun 2013 oleh Jason Blum. Dark Skies mengisahkan tentang sebuah keluarga biasa yang secara tiba-tiba mengalami beberapa perkara aneh dalam kehidupan seharian mereka. Kisah bermula apabila berlaku gangguan @ serangan secara diam didapur rumah sehinggalah rumah yang didiami mereka diserang oleh ratusan ekor burung yang sukar ditemui. Pada mulanya kedua ibu-bapa berfikir bahawa kejadian aneh itu merupakan rancangan nakal anak lelaki mereka tetapi tuduhan mereka meleset apabila si suami yang dibintangi oleh Josh Hamilton berjaya merakam beberapa kelibat mahkluk aneh dalam rumah mereka.

GENRE
Dark Skies merupakan filem sains fiksyen yang bergenrekan seram,suspen dan misteri. ketiga-tiga elemen ini berjaya membuat penonton berasa takut dan seram. secara keseluruhannya eleman saspen lebih banyak dimuatkan kedalam filem jika hendak dibandingkan dengan elemen seram yang dibawa oleh alien ataupun The Grey.

LATAR DAN PROP

Secara keseluruhannya,latar tempat yang digunakan ialah di sebuah rumah, termasuk persekitaran rumah tersebut yang didiami oleh pasangan suami isteri Keri Russel, Josh Hamilton bersama dua orang anaknya Dakota Goyo serta L.J Banet. Banyak 'scene' di dalam filem ini menunjukkan bahagian dalam rumah, ruang dapur, bilik, termasuk penggunaan props seperti perabot yang serta halaman rumah yang didiami oleh mereka berempat. Pada peringkat klimaks, props yang digunakan seperti senapang dan pisau teryata bersesuaian dengan scene cemas yang ditunjukkan. Props yang digunakan ternyata amat teratur dan teliti, kerana bersesuaian dengan adegan yang handak disampaikan kepada penonton.

latar tempat di halaman rumah


latar tempat dikawasan ruang tamu


latar tempat di dalam bilik tidur

SHOT ASAS
 1) extrem close-up

2) close-up

3)medium shot

4)long shot





No comments:

Post a Comment