Saturday 26 April 2014

“Les Choristes”



Clément Mathieu dan para pelajar ketika persembahan koir.


Filem Les Chorus merupakan sebuah filem Peracis pada tahun 2004. Filem ini dibintangi oleh Gerard Jugnot dan Francois Berleand.

Filem ini berlatar belakangkan sebuah sekolah berasrama penuh untuk kanak-kanak lelaki yang tidak bernasib baik sekitar tahun 1949 di Perancis.

Filem ini sangat menarik walaupun pada awalnya ia seperti membosankan kerana berlatarkan muzik koir. Tetapi apabila penonton meneruskan tontonan filem ini sebenarnya sangat menarik dan memberi inspirasi.


Guru  Besar sekolah tersebut Rachin merupakan seorang yang sangat garang. walau bagaimanapun beliau masih menunjukkan rasa simpati dalam usaha menjaga lima puluh ++ muridnya di sekolah berasrama penuh itu. Prinsip hidupnya ialah  "Tindakan , reaksi " dan keras hati"


Walau bagaimanapun, situasi hambar di sekolah tersebut mula berubah dengan kedatangan Clément Mathieu  sebagi seorang guru dan juga warden yang pernah mengajar muzik di asrama tersebut.   Mathieu sangat terkejut dengan kekejaman dan ketidakadilan  yang berlaku dalam sekolah itu. oleh itu beliau mencari jalan  untuk memupuk semangat keadilan dan sifat penyayang dalam kalangan kanak-kanak lelaki di sekolah itu . 

Paling penting, dia menanamkan rasa harga diri dan maruah diri dengan mendengar kanak-kanak lelaki dan bercakap dengan mereka sebagai manusia. Di samping mengekalkan disiplin berdasarkan kebaikan bersama dan bukan ketakutan dan kuasa beliau dapat membawa perubahan kepada sekolah dan hampir separuh pelajar disekolah berkenaan  :)


Pepinot. Antara pelajar sekolah tersebut

Rachin,Pengetua sekolah.

sumber gambar: https://www.google.com/search?q=%E2%80%9CLes+Choristes%E2%80%9D&rlz=1C1CHMO_enMY580MY580&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=Tb5bU9uzGYSSiQerzYCYDg&ved=0CAgQ_AUoAQ

No comments:

Post a Comment