Monday 19 May 2014

gua MediaVengers sejati

Dulu arwah mak selalu pesan “ buat la apa yang hang nak buat asalkan tak langgar hukum agama”

Tak dinafikan saya dulu agak lasak orangnya. Tak macam budak perempuan yang lain, semua benda saya buat, panjat pokok, terjun tandop, masuk bendang, main wau bulan, etc. masa sekolah pulak selalu kena masuk bilik disiplin sebab tak pernah patuh disiplin sekolah. Ahaha. Tapi saya aktif kat sekolah, teater, pantun, deejay semua saya masuk.  Mungkin disebabkan  saya jenis yang “kurang segan”, “kurang malu”, “kurang sopan” dan “kurang peduli” apa orang nak cakap tentang saya menyebabkan saya berbeza dengan rakan-rakan yang lain. 
Admin empat dari kiri memegang watak makcik sengau dalam short film Inspektor Petonah
Admin dalam produksi Hantu Menyambut Merdeka memegang watak sebagai Mak Haji

So dekat  UM senang cakap dekat Jabatan Media banyak kenanganan yang tercipta.. saya ada kawan-kawan baik, satu kelas sporting. Geng saya 8 orang dalam kelas.  Ada Pengarah terbaik, penyanyi  dan penari yang hebat, dan ada pelakon yang cukup berbakat.  Pensyarah pulak semua baik dan memahami. Cukup perfect hidup di sini.
We are Media Vengers 


Okeyyyy..
Berbalik pada kenangan Screening Night  .. Malam anugerah  atau malam penghargaan buat pelajar yang mengambil subjek dibawah seliaan Dr. Azalan contohnya  seperti subjek Pengarahan Filem, Sinematografi,Produksi tv, Dokumentari dan sebagainya.

Sesi bergambar bersama Ketua Jabatan Media Profesor Dr Azizah bt Hamzah


Screening Night kali ini sangat berbeza dengan screening night sesi lepas kerana banyak perubahan yang dapat dilihat. Contohnya seperti perjalanan majlis lanjar, dewan cantik, tema menarik dan yang paling penting makanan semua sedap. Ada kari kambing, udang goreng madu, masak merah ayam, ayam goreng berempah, sayur campur dan lain-lain. Sedappp.. ahaha.


Ucapan tahniah diberikan kepada saudari Fadhilah Ibrahim pelajar tahun pertama selaku pengarah program kerana berjaya merealisasikan malam vintage and bow tie tersebut. Yang pasti ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Dr azalan selaku penasihat program.
Pengarah Screning Night 2014


Tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang award pada malam tersebut. Yang saya tahu pemenang-pemenang tersebut juga merupakan sahabat baik saya dan saya sangat berbangga dengan pencapian mereka. 
Pemenang katogeri Best Costume


pemenang katogeri Suntingan Terbaik

  Diharapkan tahun depan lagi banyak kategori yang dipertandingkan :D mana tahu saya boleh raih title Pelakon Wanita Terbaik (berangan) walaupun terpaksa bersaing dengan Syarifah Damia, gadis seksi dari seberang.
SI cantik manis Syarifah Damia "Media Princes"
 secara jujurnya Screening night edisi ini memberi impak positif kepada diri saya dimana saya dapat merapatkan ukhuwah dengan adik2 tahun pertama yang sangat sporting dan baik hati :D

pelajar tahun pertama yang merupakan AJK program
*nanti akak grad bagi bunga n coklat ye adik-adik :p

Last but not least, buatlah apa yang kita nak buat selagi tidak melanggar hukum agama :D
Sekian.

#TakGemukTapiComel.
#HostTvToBe
#<3<3


No comments:

Post a Comment