Thursday 29 May 2014

director review 3

Director Journal week 3

Pada minggu ke tiga pembelajaran, kami telah diperkenalkan secara ringkas tentang subjek ini secara keseluruhan. secara umumnya  kursus Pengarahan Filem ini akan digabungkan dengan beberapa kursus lain, juga di bawah seliaan Dr Azalan Shah iaitu Produksi Televisyen dan Produksi Dokumentari. Tidak ketinggalan, kami juga turut diberitahu tentang proses penilaian kursus ini secara keseluruhan yang merangkumi peperiksaan akhir, kerja kumpulan dan penyertaan sebelumsemasa dan selepas produksi.

Kuliah minggu ini telah mendedahkan kepada  kami tentang 3 proses pembikinan filem yang major iaitu pre-production, production dan post production. Pensyarah juga turut menekankan beberapa elemen penting yang perlu dititikberatkan, dikenali sebagai The Cyclical Production Model. Di bawah model ini, proses pembikinan filem harus melalui 8 fasa utama iaitu concept, development, financing, pre-production, production, post production, marketing dan distribution. Proses ini sangat penting bagi memastikan sesebuah produksi berjalan lancar.

Dalam penerbitan filem atau video,  'production' merupakan bahagian dimana proses merakam 'footage' dilakukan di lokasi. Tujuan 'production' adalah untuk merakam semua 'footage' yang diperlukan seperti dalam skrip. Krew yang ramai diperlukan dalam proses ini. Semua krew yang terlibat berkumpul termasuk pelakon, pengarah, make up artist, camera operator, sound engineer, lighting technician, dan sebagainya. 'Production' boleh dijalankan di dalam studio atau di luar studio.

Peralatan yang diperlukan antaranya ialah kamera, tripod, lampu, pita atau card, mikrofon, reflector, gel untuk lampu, dan sebagainya. Pastikan semua peralatan boleh berfungsi sebelum keluar untuk shooting. Pengarah merupakan individu yang bertanggung jawab semasa kerja-kerja shooting. Dia yang akan memberi semua arahan ketika kerja-kerja di lokasi.

Production melibatkan kerja-kerja kamera terutamanya. Kerja-kerja kamera ini biasanya melibatkan saiz-saiz shot, gerakan kamera, sudut kamera dan sebagainya. Saiz-saiz shot termasuklah wide shot, medium shot, close up dan sebagainya. Gerakan kamera pula biasanya pan, tilt, tracking, dolly dan sebagainya. Sudut kamera termasuklah eye level, high angle, low angle dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment