Thursday 29 May 2014

director Jjournal week 11

Pada minggu kesepuluh, penilaian pitching telah diadakan. Semua pelajar seni pengarahan diminta bersedia dengan sinopsis sebuah filem pendek yang mengandungi 3 ayat selepas iu kami akan mendengar sambil komen untuk tujuan penambah baikan oleh pensyarah dan rakan yang lain. Penilaian ini membawa purata10% dalam markah akhir.

tiga sinopsis yang dihasilkan oleh jari-jemariku ~


Suamiku miang-miang keladi
genre: komedi

Mengisahkan Pak Hamid yang menjangkau usia 50-aan tetapi semakin meningkat usianya semakin miang jadinya. Leha isterinya 45 (Tidak pandai bersolek dan selekeh), hampir gila melayan karenah sisuami yang selalu bemain mata dengan gadis sekampung. Kemiangan Hamid semakin menjadi apabila  seorang  janda beranak 1 Maria 30 ( cantik, seksi dan bergaya), berpindah ke kampung tersebut. Keadaan menjadi semakin huru hara apabila leha dan Maria masing-masing berlumba untuk menarik perhatian Hamid.


TITIK NOKTAH.
genre: konflik

Dewi merupakan seorang remaja yang hidup dalam keluarga sederhana. Hidupnya mula berubah apabila dia terpilih sebagai MISS SABAH iaitu satu pertandingan ratu cantik negeri sabah. Akibat kemewahan dan kepopularitian diri yang semakin melonjak naik dia menjadi semakin liar sehinggakan dia terlibat dengan gejala dadah dan seks bebas. Perkara ini menyebabkan masyarakat meboikot Dewi. Dia yang tertekan dengan keadaan tersebut mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan mengantungkan dirinya pada kipas siling.




COPIER
genre: konflik( aksi)
Khalid merupakan seorang penulis muda. Beliau telah berjaya menghasilkan novel jenayah pertamanya sendiri.  Secara tiba-tiba nama Khalid menjadi bualan seluruh negara apabila berlakunya 4 peristiwa pembunuhan  kejam yang dikaitkan dengan novel karya Khalid. Adakah Khalid seorang pembunuh??






No comments:

Post a Comment