Thursday 29 May 2014

director journal week 9

Pada hari ini, kuliah berkisar tentang proses- proses yang terlibat dalam post production iaitu editing atau suntingan.

PENYUNTINGAN;

Kebanyakan program yang ditayangkan di televisyen disunting semasa atau selepas rakaman sebenar dilakukan. Apabila penyuntingan dilakukan selepas rakaman dijalankan ia dikenali sebagai penyuntingan ‘post-production’. Proses ini berbeza dibandingkan dengan penyuntingan ketika rakaman ‘multiple camera production’.
Hari ini, walaupun teknik dan peralatan penyuntingan berubah dari hari ke hari namun fungsi asas penyuntingan adalah sama iaitu  untuk mencantum(combine), ‘trim’, membetulkan(correct) dan membina(build). Masa untuk penyuntingan bergantung kepada program apa yang disunting. Tentu sekali berbeza kerja menyunting video klip yang memerlukan kepelbagaian ‘effect’ (kesan) dengan penyuntingan sebuah ceramah.

FUNGSI-FUNGSI PENYUNTINGAN;

Penyuntingan dibuat untuk alasan-alasan yang berbeza. Ada ketikanya kita perlu menyusun shot-shot untuk menghasilkan cerita. Di masa yang lain pula kita mungkin perlu menyunting untuk memotong shot-shot bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk sesuatu program atau memotong dan membuang perkataan ‘talent’ yang tidak diperlukan atau mungkin juga untuk mengganti shot Medium Close Up dengan shot Close Up yang lebih menarik.
Semua alasan-alasan berbeza tersebut merupakan contoh FUNGSI ASAS PENYUNTINGAN iaitu;
1.    Mencantum(combine)
2.    Memangkas(trim)
3.    Membetulkan(correct)
4.    Membina(build)


No comments:

Post a Comment