Monday 29 September 2014

assalamualaikum :) sudaa lama tak ber-blog2 ni..huhu niat nak jadikan blog ni as blog resepi :)semoga dipermudahkan yeee :p

Thursday 29 May 2014

DIRECTOR JOURNAL WEEK 6

DIRECTOR JOURNAL WEEK 6

Pada minggu ini tem video Promo Jabatan Media telah mengadakan Reheasel yang dijalankan sekitar jabtan Media.
Tujuan reheasal ini diadakan ialah untuk memastikan segala yang akan berlaku pada hari kejadian berjalan dengan lancar disamping dapat memberi gambaran awal kepada pengrah, pelakon dan krew. selain itu, penambah baikan daripada segi shot, lighting juga dapat diperbaiki.







director review 3

Director Journal week 3

Pada minggu ke tiga pembelajaran, kami telah diperkenalkan secara ringkas tentang subjek ini secara keseluruhan. secara umumnya  kursus Pengarahan Filem ini akan digabungkan dengan beberapa kursus lain, juga di bawah seliaan Dr Azalan Shah iaitu Produksi Televisyen dan Produksi Dokumentari. Tidak ketinggalan, kami juga turut diberitahu tentang proses penilaian kursus ini secara keseluruhan yang merangkumi peperiksaan akhir, kerja kumpulan dan penyertaan sebelumsemasa dan selepas produksi.

Kuliah minggu ini telah mendedahkan kepada  kami tentang 3 proses pembikinan filem yang major iaitu pre-production, production dan post production. Pensyarah juga turut menekankan beberapa elemen penting yang perlu dititikberatkan, dikenali sebagai The Cyclical Production Model. Di bawah model ini, proses pembikinan filem harus melalui 8 fasa utama iaitu concept, development, financing, pre-production, production, post production, marketing dan distribution. Proses ini sangat penting bagi memastikan sesebuah produksi berjalan lancar.

Dalam penerbitan filem atau video,  'production' merupakan bahagian dimana proses merakam 'footage' dilakukan di lokasi. Tujuan 'production' adalah untuk merakam semua 'footage' yang diperlukan seperti dalam skrip. Krew yang ramai diperlukan dalam proses ini. Semua krew yang terlibat berkumpul termasuk pelakon, pengarah, make up artist, camera operator, sound engineer, lighting technician, dan sebagainya. 'Production' boleh dijalankan di dalam studio atau di luar studio.

Peralatan yang diperlukan antaranya ialah kamera, tripod, lampu, pita atau card, mikrofon, reflector, gel untuk lampu, dan sebagainya. Pastikan semua peralatan boleh berfungsi sebelum keluar untuk shooting. Pengarah merupakan individu yang bertanggung jawab semasa kerja-kerja shooting. Dia yang akan memberi semua arahan ketika kerja-kerja di lokasi.

Production melibatkan kerja-kerja kamera terutamanya. Kerja-kerja kamera ini biasanya melibatkan saiz-saiz shot, gerakan kamera, sudut kamera dan sebagainya. Saiz-saiz shot termasuklah wide shot, medium shot, close up dan sebagainya. Gerakan kamera pula biasanya pan, tilt, tracking, dolly dan sebagainya. Sudut kamera termasuklah eye level, high angle, low angle dan sebagainya.

dorector journal week 7

Bagaimana hendak menjadi pengarah yang bagus??

Pada minggu ini kami didedahkan tentang langkah, cara dan startegi untuk menjadi seorang pengarah yang bagus.

Pengarah yang bagus perlulah mengetahui dan pakar terhadap jenis-jenis shot untuk mempelbagaikan kesan yang menarik dalam filem beliau.
antara shot-shot asas ialah:

Long Shot

Tujuan asas shot ialah untuk menunjukkan dengan jelas imej-imej bermakna kepada penonton. Jurukamera terlebih dahulu mengetahui visual sebelum ia dirakamkan. Oleh itu jurukamera tidak perlu sangat bergantung kepada Pengarah seratus peratus bagaimana untuk membuat shot-shot yang berkesan.





medium shot
Lebih banyak seseorang jurukamera mengetahui berkaitan 'komposisi gambar' lebih mudah serta berkesan baginya untuk menjelaskan peristiwa berkenaan. Walaupun Pengarah boleh melihat gambar yang dirakam melalui 'monitor' namun jurukamera juga perlu tahu bagaimana untuk membuat shot-shot yang berkesan. Shot-shot untuk televisyen mempunyai peraturan tertentu berkaitan shot-shot yang dibuat.





extreme close up
Close Up dan Extreme Close Up merupakan frame atau bingkai yang biasa dalam bahasa visual di televisyen. Ukuran Close Up yang betul ialah dari paras bawah dada hingga atas kepala dan ruang di atas kepala yang dikenali sebagai Head Room hendaklah kelihatan selesa.








close up
Dari aras bawah dada hingga ke atas kepala. Shot ini tidak mempunyai head room yang selesa.











two-shot
Shot dimana kedua-dua subjek dirakam, terdapat juga apa yang dipanggil three-shot.













over shoulder shot
Shot dari atas bahu orang yang berhampiran dengan kamera. Memperlihatkan perbualan 
diantara subjek-subjek









selain daripada juru camera,pengarah juga harus mengetahui berkenaan jenis-jenis shot agat karya yang dihasilkan lebih menarik.

BUNUH KILL ! !

Assalamualaikummmm....


Pada minggu keempat kelas pengarahan filem kami telah menonton sebuah filem aksi (mungkin agak humor sikit bagi saya la...) yang bertajuk KILL BILL.

Kill Bill: Volume 1 diterbitkan pada tahun  2003 yang ditulus dan diarahkan oleh  Quentin Tarantino.

DIRECTOR JOURNAL WEEK 10

Nah ! Kumpulan video promo telah menjalankan pengambaran semula di sekitar UM. Beberapa tempat yang telah digunakan ialah di bangunan peperiksaan, perpustakaan dan Fakulti Undang-undang.
semoga hasil kali ini mendatnagkan hasil yang bagus. 
bangunan peperiksaan UM

Pink Corner Fakulti Law UM


director journal week 9

Pada hari ini, kuliah berkisar tentang proses- proses yang terlibat dalam post production iaitu editing atau suntingan.

PENYUNTINGAN;

Kebanyakan program yang ditayangkan di televisyen disunting semasa atau selepas rakaman sebenar dilakukan. Apabila penyuntingan dilakukan selepas rakaman dijalankan ia dikenali sebagai penyuntingan ‘post-production’. Proses ini berbeza dibandingkan dengan penyuntingan ketika rakaman ‘multiple camera production’.
Hari ini, walaupun teknik dan peralatan penyuntingan berubah dari hari ke hari namun fungsi asas penyuntingan adalah sama iaitu  untuk mencantum(combine), ‘trim’, membetulkan(correct) dan membina(build). Masa untuk penyuntingan bergantung kepada program apa yang disunting. Tentu sekali berbeza kerja menyunting video klip yang memerlukan kepelbagaian ‘effect’ (kesan) dengan penyuntingan sebuah ceramah.

FUNGSI-FUNGSI PENYUNTINGAN;

Penyuntingan dibuat untuk alasan-alasan yang berbeza. Ada ketikanya kita perlu menyusun shot-shot untuk menghasilkan cerita. Di masa yang lain pula kita mungkin perlu menyunting untuk memotong shot-shot bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk sesuatu program atau memotong dan membuang perkataan ‘talent’ yang tidak diperlukan atau mungkin juga untuk mengganti shot Medium Close Up dengan shot Close Up yang lebih menarik.
Semua alasan-alasan berbeza tersebut merupakan contoh FUNGSI ASAS PENYUNTINGAN iaitu;
1.    Mencantum(combine)
2.    Memangkas(trim)
3.    Membetulkan(correct)
4.    Membina(build)