Thursday 29 May 2014

DIRECTOR JOURNAL WEEK 6

DIRECTOR JOURNAL WEEK 6

Pada minggu ini tem video Promo Jabatan Media telah mengadakan Reheasel yang dijalankan sekitar jabtan Media.
Tujuan reheasal ini diadakan ialah untuk memastikan segala yang akan berlaku pada hari kejadian berjalan dengan lancar disamping dapat memberi gambaran awal kepada pengrah, pelakon dan krew. selain itu, penambah baikan daripada segi shot, lighting juga dapat diperbaiki.







director review 3

Director Journal week 3

Pada minggu ke tiga pembelajaran, kami telah diperkenalkan secara ringkas tentang subjek ini secara keseluruhan. secara umumnya  kursus Pengarahan Filem ini akan digabungkan dengan beberapa kursus lain, juga di bawah seliaan Dr Azalan Shah iaitu Produksi Televisyen dan Produksi Dokumentari. Tidak ketinggalan, kami juga turut diberitahu tentang proses penilaian kursus ini secara keseluruhan yang merangkumi peperiksaan akhir, kerja kumpulan dan penyertaan sebelumsemasa dan selepas produksi.

Kuliah minggu ini telah mendedahkan kepada  kami tentang 3 proses pembikinan filem yang major iaitu pre-production, production dan post production. Pensyarah juga turut menekankan beberapa elemen penting yang perlu dititikberatkan, dikenali sebagai The Cyclical Production Model. Di bawah model ini, proses pembikinan filem harus melalui 8 fasa utama iaitu concept, development, financing, pre-production, production, post production, marketing dan distribution. Proses ini sangat penting bagi memastikan sesebuah produksi berjalan lancar.

Dalam penerbitan filem atau video,  'production' merupakan bahagian dimana proses merakam 'footage' dilakukan di lokasi. Tujuan 'production' adalah untuk merakam semua 'footage' yang diperlukan seperti dalam skrip. Krew yang ramai diperlukan dalam proses ini. Semua krew yang terlibat berkumpul termasuk pelakon, pengarah, make up artist, camera operator, sound engineer, lighting technician, dan sebagainya. 'Production' boleh dijalankan di dalam studio atau di luar studio.

Peralatan yang diperlukan antaranya ialah kamera, tripod, lampu, pita atau card, mikrofon, reflector, gel untuk lampu, dan sebagainya. Pastikan semua peralatan boleh berfungsi sebelum keluar untuk shooting. Pengarah merupakan individu yang bertanggung jawab semasa kerja-kerja shooting. Dia yang akan memberi semua arahan ketika kerja-kerja di lokasi.

Production melibatkan kerja-kerja kamera terutamanya. Kerja-kerja kamera ini biasanya melibatkan saiz-saiz shot, gerakan kamera, sudut kamera dan sebagainya. Saiz-saiz shot termasuklah wide shot, medium shot, close up dan sebagainya. Gerakan kamera pula biasanya pan, tilt, tracking, dolly dan sebagainya. Sudut kamera termasuklah eye level, high angle, low angle dan sebagainya.

dorector journal week 7

Bagaimana hendak menjadi pengarah yang bagus??

Pada minggu ini kami didedahkan tentang langkah, cara dan startegi untuk menjadi seorang pengarah yang bagus.

Pengarah yang bagus perlulah mengetahui dan pakar terhadap jenis-jenis shot untuk mempelbagaikan kesan yang menarik dalam filem beliau.
antara shot-shot asas ialah:

Long Shot

Tujuan asas shot ialah untuk menunjukkan dengan jelas imej-imej bermakna kepada penonton. Jurukamera terlebih dahulu mengetahui visual sebelum ia dirakamkan. Oleh itu jurukamera tidak perlu sangat bergantung kepada Pengarah seratus peratus bagaimana untuk membuat shot-shot yang berkesan.





medium shot
Lebih banyak seseorang jurukamera mengetahui berkaitan 'komposisi gambar' lebih mudah serta berkesan baginya untuk menjelaskan peristiwa berkenaan. Walaupun Pengarah boleh melihat gambar yang dirakam melalui 'monitor' namun jurukamera juga perlu tahu bagaimana untuk membuat shot-shot yang berkesan. Shot-shot untuk televisyen mempunyai peraturan tertentu berkaitan shot-shot yang dibuat.





extreme close up
Close Up dan Extreme Close Up merupakan frame atau bingkai yang biasa dalam bahasa visual di televisyen. Ukuran Close Up yang betul ialah dari paras bawah dada hingga atas kepala dan ruang di atas kepala yang dikenali sebagai Head Room hendaklah kelihatan selesa.








close up
Dari aras bawah dada hingga ke atas kepala. Shot ini tidak mempunyai head room yang selesa.











two-shot
Shot dimana kedua-dua subjek dirakam, terdapat juga apa yang dipanggil three-shot.













over shoulder shot
Shot dari atas bahu orang yang berhampiran dengan kamera. Memperlihatkan perbualan 
diantara subjek-subjek









selain daripada juru camera,pengarah juga harus mengetahui berkenaan jenis-jenis shot agat karya yang dihasilkan lebih menarik.

BUNUH KILL ! !

Assalamualaikummmm....


Pada minggu keempat kelas pengarahan filem kami telah menonton sebuah filem aksi (mungkin agak humor sikit bagi saya la...) yang bertajuk KILL BILL.

Kill Bill: Volume 1 diterbitkan pada tahun  2003 yang ditulus dan diarahkan oleh  Quentin Tarantino.

DIRECTOR JOURNAL WEEK 10

Nah ! Kumpulan video promo telah menjalankan pengambaran semula di sekitar UM. Beberapa tempat yang telah digunakan ialah di bangunan peperiksaan, perpustakaan dan Fakulti Undang-undang.
semoga hasil kali ini mendatnagkan hasil yang bagus. 
bangunan peperiksaan UM

Pink Corner Fakulti Law UM


director journal week 9

Pada hari ini, kuliah berkisar tentang proses- proses yang terlibat dalam post production iaitu editing atau suntingan.

PENYUNTINGAN;

Kebanyakan program yang ditayangkan di televisyen disunting semasa atau selepas rakaman sebenar dilakukan. Apabila penyuntingan dilakukan selepas rakaman dijalankan ia dikenali sebagai penyuntingan ‘post-production’. Proses ini berbeza dibandingkan dengan penyuntingan ketika rakaman ‘multiple camera production’.
Hari ini, walaupun teknik dan peralatan penyuntingan berubah dari hari ke hari namun fungsi asas penyuntingan adalah sama iaitu  untuk mencantum(combine), ‘trim’, membetulkan(correct) dan membina(build). Masa untuk penyuntingan bergantung kepada program apa yang disunting. Tentu sekali berbeza kerja menyunting video klip yang memerlukan kepelbagaian ‘effect’ (kesan) dengan penyuntingan sebuah ceramah.

FUNGSI-FUNGSI PENYUNTINGAN;

Penyuntingan dibuat untuk alasan-alasan yang berbeza. Ada ketikanya kita perlu menyusun shot-shot untuk menghasilkan cerita. Di masa yang lain pula kita mungkin perlu menyunting untuk memotong shot-shot bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk sesuatu program atau memotong dan membuang perkataan ‘talent’ yang tidak diperlukan atau mungkin juga untuk mengganti shot Medium Close Up dengan shot Close Up yang lebih menarik.
Semua alasan-alasan berbeza tersebut merupakan contoh FUNGSI ASAS PENYUNTINGAN iaitu;
1.    Mencantum(combine)
2.    Memangkas(trim)
3.    Membetulkan(correct)
4.    Membina(build)


director journal week 8

Sebelum cuti pertengahan semester team video promo jabatan bertungkus lumus membuat reheasel. pada awalnya ia kelihatan sangat menarik, tetapi selepas disunting oleh syazwan dia dan pensyarah membuat keputusan untuk merivise semula video tersebut. akhirnya kami diberitahu bahawa video promo akan dipendekkan durasinya menjadi tidak lebih daripada 3 minit.

Public Screening Night


suasana ketika public screening
sumber: https://www.facebook.com/shah.azalan.5?fref=ts

Public Screning Night telah diadakan pada 27 Mei 2014 bertempat di Amphi teater Alam Bina. Tujuan program ini diadakan ialah untuk membolehkan hasil karya pelajar pengarahan filem, produksi tv dan dokumentari mempersembahkan karya mereka di tempat awam. semua pelajar diwajibkan hadir kerana ia mambawa sebanyak 10% markah penilaian berterusan. 

walaupun baru sahaja ditayangkan pada screening night 2 minggu lepas di Armada Hotel, namun paa peajar masih enjoy menonton karya sahabt sekelas mereka. seperti yang dijangka short film Inspektor Petonah sekali lagi memdapat perhatian penonton.

Selepas screening, jamuan ringan turut disediakan. antar hidangan yang disaji ialah chiken and beef puff dan karipap seta minuman malt chocolate yang sedap.

Selepas menjamu selera, kami  sempat bertukar-tukar hadiah antara satu-sama lain :)

maka dengan tu berakhirlah kelas pengarahan filem, produksi tv dan dokumentari pada semester ini. 

Semoga kenangan yang dicipta tidak akan luput daripada ingatan :)



NEVER BEEN KISSED

Never Been Kissed merupakan sebuah filem yang diterbitkan oleh 20th Century Fox dan Drew Barrymore's Production company. 


Pelakon utamaya Drew Barrymore memegang watak sebagai Josie Geller sangat sesuai dan berjaya. Manakala  David Arquette sebagai  Rob  turut memberi impak kepada filem in. secara keseluruhannya filem ini sangat menarik terutamanya golongan remaja.

director Jjournal week 11

Pada minggu kesepuluh, penilaian pitching telah diadakan. Semua pelajar seni pengarahan diminta bersedia dengan sinopsis sebuah filem pendek yang mengandungi 3 ayat selepas iu kami akan mendengar sambil komen untuk tujuan penambah baikan oleh pensyarah dan rakan yang lain. Penilaian ini membawa purata10% dalam markah akhir.

tiga sinopsis yang dihasilkan oleh jari-jemariku ~


Suamiku miang-miang keladi
genre: komedi

Mengisahkan Pak Hamid yang menjangkau usia 50-aan tetapi semakin meningkat usianya semakin miang jadinya. Leha isterinya 45 (Tidak pandai bersolek dan selekeh), hampir gila melayan karenah sisuami yang selalu bemain mata dengan gadis sekampung. Kemiangan Hamid semakin menjadi apabila  seorang  janda beranak 1 Maria 30 ( cantik, seksi dan bergaya), berpindah ke kampung tersebut. Keadaan menjadi semakin huru hara apabila leha dan Maria masing-masing berlumba untuk menarik perhatian Hamid.


TITIK NOKTAH.
genre: konflik

Dewi merupakan seorang remaja yang hidup dalam keluarga sederhana. Hidupnya mula berubah apabila dia terpilih sebagai MISS SABAH iaitu satu pertandingan ratu cantik negeri sabah. Akibat kemewahan dan kepopularitian diri yang semakin melonjak naik dia menjadi semakin liar sehinggakan dia terlibat dengan gejala dadah dan seks bebas. Perkara ini menyebabkan masyarakat meboikot Dewi. Dia yang tertekan dengan keadaan tersebut mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan mengantungkan dirinya pada kipas siling.




COPIER
genre: konflik( aksi)
Khalid merupakan seorang penulis muda. Beliau telah berjaya menghasilkan novel jenayah pertamanya sendiri.  Secara tiba-tiba nama Khalid menjadi bualan seluruh negara apabila berlakunya 4 peristiwa pembunuhan  kejam yang dikaitkan dengan novel karya Khalid. Adakah Khalid seorang pembunuh??






Monday 19 May 2014

gua MediaVengers sejati

Dulu arwah mak selalu pesan “ buat la apa yang hang nak buat asalkan tak langgar hukum agama”

Tak dinafikan saya dulu agak lasak orangnya. Tak macam budak perempuan yang lain, semua benda saya buat, panjat pokok, terjun tandop, masuk bendang, main wau bulan, etc. masa sekolah pulak selalu kena masuk bilik disiplin sebab tak pernah patuh disiplin sekolah. Ahaha. Tapi saya aktif kat sekolah, teater, pantun, deejay semua saya masuk.  Mungkin disebabkan  saya jenis yang “kurang segan”, “kurang malu”, “kurang sopan” dan “kurang peduli” apa orang nak cakap tentang saya menyebabkan saya berbeza dengan rakan-rakan yang lain. 
Admin empat dari kiri memegang watak makcik sengau dalam short film Inspektor Petonah
Admin dalam produksi Hantu Menyambut Merdeka memegang watak sebagai Mak Haji

So dekat  UM senang cakap dekat Jabatan Media banyak kenanganan yang tercipta.. saya ada kawan-kawan baik, satu kelas sporting. Geng saya 8 orang dalam kelas.  Ada Pengarah terbaik, penyanyi  dan penari yang hebat, dan ada pelakon yang cukup berbakat.  Pensyarah pulak semua baik dan memahami. Cukup perfect hidup di sini.
We are Media Vengers 


Okeyyyy..
Berbalik pada kenangan Screening Night  .. Malam anugerah  atau malam penghargaan buat pelajar yang mengambil subjek dibawah seliaan Dr. Azalan contohnya  seperti subjek Pengarahan Filem, Sinematografi,Produksi tv, Dokumentari dan sebagainya.

Sesi bergambar bersama Ketua Jabatan Media Profesor Dr Azizah bt Hamzah


Screening Night kali ini sangat berbeza dengan screening night sesi lepas kerana banyak perubahan yang dapat dilihat. Contohnya seperti perjalanan majlis lanjar, dewan cantik, tema menarik dan yang paling penting makanan semua sedap. Ada kari kambing, udang goreng madu, masak merah ayam, ayam goreng berempah, sayur campur dan lain-lain. Sedappp.. ahaha.


Ucapan tahniah diberikan kepada saudari Fadhilah Ibrahim pelajar tahun pertama selaku pengarah program kerana berjaya merealisasikan malam vintage and bow tie tersebut. Yang pasti ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Dr azalan selaku penasihat program.
Pengarah Screning Night 2014


Tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang award pada malam tersebut. Yang saya tahu pemenang-pemenang tersebut juga merupakan sahabat baik saya dan saya sangat berbangga dengan pencapian mereka. 
Pemenang katogeri Best Costume


pemenang katogeri Suntingan Terbaik

  Diharapkan tahun depan lagi banyak kategori yang dipertandingkan :D mana tahu saya boleh raih title Pelakon Wanita Terbaik (berangan) walaupun terpaksa bersaing dengan Syarifah Damia, gadis seksi dari seberang.
SI cantik manis Syarifah Damia "Media Princes"
 secara jujurnya Screening night edisi ini memberi impak positif kepada diri saya dimana saya dapat merapatkan ukhuwah dengan adik2 tahun pertama yang sangat sporting dan baik hati :D

pelajar tahun pertama yang merupakan AJK program
*nanti akak grad bagi bunga n coklat ye adik-adik :p

Last but not least, buatlah apa yang kita nak buat selagi tidak melanggar hukum agama :D
Sekian.

#TakGemukTapiComel.
#HostTvToBe
#<3<3